Peta Minda
Apa itu Peta Minda?
- Peta minda adalah teknik belajar yang diasaskan oleh pakar pelajaran dan dipopularkan oleh Tony Buzan, seorang pakar motivasi sekitar tahun 80an.
- Peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya.
- Mengandungi pelbagai kemahiran berhubung perkataan, imej, nombor, logik, muzik, warna, kepekaan ke atas ruang dengan berkesan
Fungsi Peta Minda
- Mencatat nota dengan mudah.
- Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.M
- Mengingat sesuatu dengan mudah.
- Menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.
Kelebihan Penggunaan Peta Minda
- Fungsinya sama seperti fungsi otak yang tidak berfungsi secara linear. Peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej, jadi maklumat yang banyak dapat dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh sebab peta minda besifat visual dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia lebih mudah diimbas kembali berbanding nota berciri linear.
- Peta minda juga sangat fleksibel, kerana catatan bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke semua arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda yang menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea lebih mudah dirujuk.
- Menghasilkan Nota
Peta
minda mampu menguruskan maklumat dalam bentuk ringkas yang mudah dianalisis dan
diingati otak. Peta minda boleh digunakan untuk membuat nota bagi sebarang
sumber. Misalnya,buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat,
temu bual dan perbualan telefon.
Peta
minda hanya memuatkan maklumat penting jadi, ia tidak akan bercampur dengan perkara-perkara lain. Jadi, pelajar boleh fokus pada isi-isi penting sahaja.
Nota secara peta minda
membuatkan pencariaan maklumat, pembacaan dan sebagainya menjadi lebih mudah.
Terdapat
banyak kelebihan mengambil nota secara peta minda:-
- Dapat menggabungkan fungsi otak kiri dan kanan,
- Idea yang ditulis dalam peta minda lebih fleksibil, kreatif dan menarik.
- Hubungkait antara idea-idea dalam peta minda sangat mudah difahami kerana dilengkapi dengan pelbagai simbol, rajah, bongkah dan warna-warna yang menarik untuk mejelaskan fakta.
- Semua maklumat yang telah dilihat dan dapat dirakam dalam otak.
- Boleh meingkatkan daya pemerhatian dan pemusaran fikiran kerana pada masa nota diambil bahagian anggota iaitu pendengaran, pengelihatan dan perasaan adalah dalam keadaan bersedia.
- Peta minda sangat penting semasa membuat ulangkaji pelajaran atau bahan bacaan kerana idea yang dibentk dalam peta minda adalah ringkas dan padat.
- Ingat Kembali
Peta
minda membenarkan idea yang dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus.
Catatan yang dilakukan dalam bentuk kata kunci berkesan dalam aktiviti imbas
kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji
.
Kajian
telah menunjukkan daya ingatan meningkat 50% dengan menggunakan peta minda.
Jadi, peta minda sangat sesuai sama ada dalam pembelajaran. (Abdul Fatah
Hassan, 1990)
Menurut, Ismail (2001) dalam Jurnal Kesan Stategi Peta Minda, penggunaan peta minda memudahkan pembacaan serta memudahkan otak
membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.
Begitu juga dengan
kenyataan Dilip Mukerjea (1996) dalam jurnal yang sama, penggunaan peta minda
dapat pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa
merugikan banyak kertas dan tenaga.
Kesimpulannya, peta minda adalah salah satu
kaedah yang berkesan untuk mengingat atau mendapatkan kembali maklumat daripada
ingatan. Oleh itu, mengulangkaji dan membaca menggunakan peta minda sangat
sesuai untuk pelajar yang mempunyai banyak subjek dan perkara yang perlu
dihafal dan diingati terutama pada musim peperiksaaan.
- Kreativiti
Peta minda adalah satu alat yang boleh
membebaskan pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan
baik. Pengguna peta minda harus menganggap setiap item di dalam peta minda
adalah pusat kepada peta minda yang baru.
Selain
itu, peta minda membantu pelajar menggunakan proses berfikir secara kreatif.
Berikutan, idea penting diletakkan di tengah-tengah dan idea lain yang
berkaitan diluar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah
geometri, warna dan sebagainya.
Peta minda yang menarik menggabungkan warna-warna dan cabang-cabang yang
sesuai, hasil dan percambahan fikiran. Peta minda membantu pelajar menyalurkan
idea-idea utama dan sampinagn seterusnya dikembangkan melalui percambahan
cabang-cabang dan juga perwakilan melalui warna-warna.
- Memudahkan proses
pembelajaran
Dalam
Jurnal Kesan Stategi Peta Minda, Gelb (1998) menegaskan kebolehan peta minda
yang terhebat adalah dapat melatih otak untuk melihat gambaran menyeluruh
daripada maklumat yang ringkas.
Mengikut Ausubel (1968). Proses melatih otak berlaku apabila pelajar berubah daripada pelajaran hafalan kepada pelajaran bermakana dan pembelajaran penerimaan kepada pembelajaran penemuan. Hal ini demikian kerana pembelajaran haruslah melibatkan proses kognitif untuk membina hubungan struktur maklumat dalam konsep itu.
Mengikut Ausubel (1968). Proses melatih otak berlaku apabila pelajar berubah daripada pelajaran hafalan kepada pelajaran bermakana dan pembelajaran penerimaan kepada pembelajaran penemuan. Hal ini demikian kerana pembelajaran haruslah melibatkan proses kognitif untuk membina hubungan struktur maklumat dalam konsep itu.
Dalam
hal ini jelas sekali penggunaan peta minda sangat sesuai kearah memudahkan
pembacaan dan memudahkan otak mentafsir dan menganalisis maklumat.
Peta minda dapat menarik minat dan meningkatkan tahap
pemahaman pelajar mengenai sesuatu konsep, maklumat, fakta dan sebagainya.
Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.
Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan.
Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.
Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan.
Kelemaham Penggunaan Peta Minda
- Bila seseorang terlalu banyak menggunakan kata kunci difahami oleh si pembuat, orang lain akan mengalami kesulitan untuk memahaminya.
- Kurang
fokus pada satu maklumat. Kerana terdapat banyak maklumat dalam satu
kertas.
- Memerlukan
2-3 kali ubah suai dalam pembinaan peta minda agar peta nampak menarik dan
artistik.
- Pembinaan
mungkin memakan masa yang panjang.
- Tidak
dapat menghuraikan topik dengan berkesan kerana terlupa maklumat dan
kekurangan huraian serta contoh.
- Menyukarkan
pembacaan, tanpa penerangan daripada pembuat.