Monday 4 September 2017

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN PETA MINDA

Peta Minda


Apa itu Peta Minda?


  • Peta minda adalah teknik belajar yang diasaskan oleh pakar pelajaran dan dipopularkan oleh Tony Buzan, seorang pakar motivasi sekitar tahun 80an.

  •  Peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya.

  • Mengandungi pelbagai kemahiran berhubung perkataan, imej, nombor, logik, muzik, warna, kepekaan ke atas ruang dengan berkesan 


Fungsi Peta Minda

  1. Mencatat nota dengan mudah. 
  2. Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.M
  3. Mengingat sesuatu dengan mudah.
  4. Menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. 


Kelebihan Penggunaan Peta Minda




  • Fungsinya sama seperti fungsi otak yang tidak berfungsi secara linear. Peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej, jadi maklumat yang banyak dapat dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh sebab peta minda besifat visual dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia lebih mudah diimbas kembali berbanding nota berciri linear.

  • Peta minda juga sangat fleksibel, kerana catatan bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke semua arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda yang menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea lebih mudah dirujuk.



  •   Menghasilkan Nota

     Peta minda mampu menguruskan maklumat dalam bentuk ringkas yang mudah dianalisis dan diingati otak. Peta minda boleh digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber. Misalnya,buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon.


   Peta minda hanya memuatkan maklumat penting jadi, ia tidak akan bercampur dengan perkara-perkara lain. Jadi, pelajar boleh fokus pada isi-isi penting sahaja. 

  Nota secara peta minda membuatkan pencariaan maklumat, pembacaan dan sebagainya menjadi lebih mudah.
Terdapat banyak kelebihan mengambil nota secara peta minda:-

  • Dapat menggabungkan fungsi otak kiri dan kanan, 
  • Idea yang ditulis dalam peta minda lebih fleksibil, kreatif dan menarik. 
  • Hubungkait antara idea-idea dalam peta minda sangat mudah difahami kerana dilengkapi dengan pelbagai simbol, rajah, bongkah dan warna-warna yang menarik untuk mejelaskan fakta. 
  • Semua maklumat yang telah dilihat dan dapat dirakam dalam otak.
  • Boleh meingkatkan daya pemerhatian dan pemusaran fikiran kerana pada masa nota diambil bahagian anggota iaitu pendengaran, pengelihatan dan perasaan adalah dalam keadaan bersedia. 
  • Peta minda sangat penting semasa membuat ulangkaji pelajaran atau bahan bacaan kerana idea yang dibentk dalam peta minda adalah ringkas dan padat.


   


  •          Ingat Kembali



   Peta minda membenarkan idea yang dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang dilakukan dalam bentuk kata kunci berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji
.
   Kajian telah menunjukkan daya ingatan meningkat 50% dengan menggunakan peta minda. Jadi, peta minda sangat sesuai sama ada dalam pembelajaran. (Abdul Fatah Hassan, 1990)

    Menurut, Ismail (2001) dalam Jurnal Kesan Stategi Peta Minda, penggunaan peta minda memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. 

  Begitu juga dengan kenyataan Dilip Mukerjea (1996) dalam jurnal yang sama, penggunaan peta minda dapat pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan banyak kertas dan tenaga.

   Kesimpulannya, peta minda adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk mengingat atau mendapatkan kembali maklumat daripada ingatan. Oleh itu, mengulangkaji dan membaca menggunakan peta minda sangat sesuai untuk pelajar yang mempunyai banyak subjek dan perkara yang perlu dihafal dan diingati terutama pada musim peperiksaaan.


  •       Kreativiti



   Peta minda adalah satu alat yang boleh membebaskan pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru.

     Selain itu, peta minda membantu pelajar menggunakan proses berfikir secara kreatif. Berikutan, idea penting diletakkan di tengah-tengah dan idea lain yang berkaitan diluar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya.

   Peta minda yang menarik menggabungkan warna-warna dan cabang-cabang yang sesuai, hasil dan percambahan fikiran. Peta minda membantu pelajar menyalurkan idea-idea utama dan sampinagn seterusnya dikembangkan melalui percambahan cabang-cabang dan juga perwakilan melalui warna-warna.



  •          Memudahkan proses pembelajaran

        Dalam Jurnal Kesan Stategi Peta Minda, Gelb (1998) menegaskan kebolehan peta minda yang terhebat adalah dapat melatih otak untuk melihat gambaran menyeluruh daripada maklumat yang ringkas

       Mengikut Ausubel (1968). Proses melatih otak berlaku apabila pelajar berubah daripada pelajaran hafalan kepada pelajaran bermakana dan pembelajaran penerimaan kepada pembelajaran penemuan. Hal ini demikian kerana pembelajaran haruslah melibatkan proses kognitif untuk membina hubungan struktur maklumat dalam konsep itu.

     Dalam hal ini jelas sekali penggunaan peta minda sangat sesuai kearah memudahkan pembacaan dan memudahkan otak mentafsir dan menganalisis maklumat.

   Peta minda dapat menarik minat dan meningkatkan tahap pemahaman pelajar mengenai sesuatu konsep, maklumat, fakta dan sebagainya. 

      Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar

      Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan.


Kelemaham Penggunaan Peta Minda

  • Bila seseorang terlalu banyak menggunakan kata kunci difahami oleh si pembuat, orang lain akan mengalami kesulitan untuk memahaminya.

  • Kurang fokus pada satu maklumat. Kerana terdapat banyak maklumat dalam satu kertas.

  • Memerlukan 2-3 kali ubah suai dalam pembinaan peta minda agar peta nampak menarik dan artistik.

  • Pembinaan mungkin memakan masa yang panjang.

  • Tidak dapat menghuraikan topik dengan berkesan kerana terlupa maklumat dan kekurangan huraian serta contoh.

  • Menyukarkan pembacaan, tanpa penerangan daripada pembuat.


Contoh-Contoh Peta Minda


RAJAH 1

RAJAH 2



RAJAH 3

RAJAH 4

Cara- Cara Membina Peta Minda


  • https://letweshine.wordpress.com/.../tutorial-membuat-peta-minda/




No comments:

Post a Comment

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN PETA MINDA

Peta Minda Apa itu Peta Minda? Peta minda adalah teknik belajar yang diasaskan oleh pakar pelajaran dan dipopularkan oleh Tony ...